Dulu saya 4 tahun , belajar di UTP , ambil course Mechanical Enginering.

Mula simpan emas sejak tahun kedua pengajian. Walaupun emas dianggap mahal , tapi saya tetap boleh konsisten membelinya . Macam mana saya buat?

1. Saya asingkan daripada elaun bulanan Pinjaman MARA saya sebanyak RM 150 sebulan.

2. Saya pergi ke seminar Public Gold setiap bulan kerana akan ada fire sale. Selalunya akan ada item 0.5g yang dijual dalam harga RM 110-115. Murah dari harga retail(RM 120)

3. Kemudian akan ada lucky draw, kalau ada rezeki saya dapat lagi 0.5g. Lebihan duit simpanan emas saya tadi, saya guna untuk duit minyak ke Branch Public Gold

4. Setahun konsisten buat cara ini, saya dah ada 6g. Kalau ada rezeki lucky draw bertambah lah emas anda

Seminar Emas di Sungai Petani, speaker Ustazah Azah .
Menang lucky draw jugak di Branch Sungai Petani.
(Btw ini gambar masa di 2nd Year UTP , agak chubby di situ , hahha)

5. Kenapa saya tak simpan RM 150 saya di bank, Tabung Haji?

Sebab nya emas ni “forgotten saving”. Kalau saya simpan di bank atau TH, akan ada satu masa saya akan guna duit itu untuk beli kemahuan saya.

6. Berbanding kalau saya simpan emas, saya akan rasa ralat untuk gunakan emas itu.

Kesimpulan nya , pupuklah tabiat menyimpan sejak dari zaman universiti. Pasti hidup dewasa anda akan lebih lancar untuk kejar matlamat yang lain spt kahwin , nak beli rumah dan sebagainya.

Haikal Hisham

19 Ramadhan 1441 Hijrah