Ada orang tanya. Boleh ke jual emas kat luar negara? Senang ke? Jawapan. Ya boleh jual dan senang sekali.

Saya nak share sikit pengalaman jual emas kat Jepun.

Tahun 2017 saya, Shufaad Norani, Noor Muhammad (Noor Sensei tour guide kami) dan Azlan datang Jepun. Kami datang untuk tour Japan backpack.

Sahabat kami Azlan membawa 2 keping dinar emas ke Jepun. Nak dijadikan cerita syarikat yang jual dinar ini kat Malaysia dah bungkus. Jadi Azlan tak boleh nak jual balik kat syarikat tersebut. Kalau jual balik kat tempat lain, harga tak cantik.

Asbab nak datang ke Jepun, maka Azlan pun bawa 2 dinar ini untuk dijual di sana. Noor sensei cakap boleh jual emas kat Jepun sebab ada kedai yang beli emas kat sana.

Untuk misi menjual emas dan shopping, kami ke East Market, Suginami City, Tokyo. Kat sana kami jumpa satu kedai yang membeli emas. Jadi kami pun masuk ke dalam kedai berkenaan.

Alamat Kedai Emas tersebut

Noor sensei yang pandai speaking Jepun tanyalah kat staff “kalau kami nak jual emas, you all beli tak?” (dalam bahasa Jepun)

staff jawap “hait..” maksudnya boleh 😁

Jadi si Azlan nie keluarkan 2 dinar tersebut dan berikan kepada staff.

Kemudian staff tersebut timbang berat dan menguji ketulenan emas berkenaan. 4.25 gram emas 999.0 x 2 biji. Setelah disahkan tulen mereka sanggup membeli dinar berkenaan. Azlan happy dan setuju menjual. Prosesnya jual beli kurang daripada setengah jam.

Emas ditimbang berat dan disemak ketulenan

Dapatlah Azlan dalam 35 ribu yen (dalam RM1300 ringgit). Saya ada buat kira-kira. Harga tersebut lebih tinggi berbanding jika Azlan jual kat Malaysia.

Lepas tu Azlan gunakan duit tu untuk shopping.

Kesimpulannya, emas nie boleh dijual di luar negara dengan senang dan cepat.

Cuma tipsnya adalah, sila survey harga terlebih daulu. Pergi cari beberapa kedai dan tanya. Jangan main jual ajer okie.

Itulah pengalaman kami jual emas di Jepun 😁

Kredit : En Syukor Hashim